Penerangan
KEMAMAN, 23 SEPTEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kawasan rondaan dilakukan di sekitar Bandar Chukai, Bukit Kuang,Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kg.Teluk Kalong, Pantai Penunjuk, Kijal, Meraga Beris,Bukit Anak Dara, Kg.Jong Berlabuh,Padang Kemunting, Seri Bandi, Ibok, Pengkalan Pasir, Paman,Binjai, Kg.Tempurung, Bukit Mentok dan Gong Pauh.
Hasil rondaan ini tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dilakukan di kawasan Meraga Beris kerana terdapat longgokan sisa yg berpotensi menyebabkn pembakaran terbuka.
Rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang dan Kawasan persisiran pantai di daerah ini. Tiada kejadian yang mencurigakan dikesan dan tiada pencemaran bebola tar dijumpai.
JAS Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa menjalankan rondaan dan pemantauan ke atas punca-punca pencemaran di daerah ini bagi mencegah dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama