Penerangan
KEMAMAN, 22 SEPTEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kawasan rondaan di sekitar bandar Chukai, Bakau tinggi, Kijal, Kemasik, Kertih, Paka, Pantai telok Mok Nik, Berenjut, Mak Lagam, Binjai dan Mak Chili menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai.
Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dibuat di kawasan Kertih, Pasir Minal kerana terdapat longgokan sisa yg berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
Rondaan dan pemantauan di Kawasan Perindustrian Telok Kalong menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan.
Pemantauan di kemudahan pencegahan kebakaran tanah gambut yang sering terbakar semasa musim kering, juga dilakukan, didapati berfungsi dengan baik.
Kesiap siagaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi mencegah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama