Penerangan
KUALA TERENGGANU, 22 September 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, hari ini, Jumaat.
Rondaan di sekitar Manir, Bukit Besar, Bukit Payong, Ajil, Wakaf Tapai, Kuala Berang, Telemong dan Wakaf Mempelam mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka. Pemasangan banner telah dilakukan di kawasan yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
Rondaan dan pemantauan di Kawasan Perindustrian Ajil dan sekitar kawasan perindustrian Hulu Terengganu menunjukkan tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan.
Pasukan rondaan turut membuat pemantauan pencemaran pantai bermula di kawasan pantai di Chendering sehingga Rusila, Marang dan mendapati tiada pencemaran tarball dikesan.
Pemantauan juga turut dibuat di Tapak Pelupusan Sampah Hulu Terengganu mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka berlaku.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama