PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS TINGKATKAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS TINGKATKAN PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 23 September 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu,  hari ini, Jumaat. Rondaan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut . Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan. Rondaan dan pemantauan di Kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Gong Badak,  dan Kawasan Perindustrian Gong Medang Besut juga dilakukan. Pasukan rondaan juga memasang banner pembakaran terbuka di kawasan tapak pembersihan tanah di Sungai Tong Setiu dan di  Kg Pak Kancil  Setiu sebagai peringatan agar aktiviti ini tidak diteruskan. Pemantauan di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Pasukan rondaan  membuat  pemantauan pencemaran di Pantai   Mangkuk Setiu. Tiada penemuan  tarball dan tumpahan minyak dikesan. Kesiap siagaan JAS Terengganu bagi memastikan sebarang pencemaran yang mungkin berlaku dapat dicegah lebih awal. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan