PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

CUTI HUJUNG MINGGU PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CUTI HUJUNG MINGGU PASUKAN PENGUATKUASA JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN BERSIAP SEDIA CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KEMAMAN, 16 SEPTEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil rondaan dan pemantauan di daerah ini, tiada pembakaran terbuka dikesan.  Walau bagaimanapun banner  larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan.  Ianya sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja yang terlibat agar aktiviti ini tidak diteruskan . Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang juga dilakukan tiada aktiviti abnormal semasa pemantauan dijalankan ke atas premis-premis tersebut. Selain itu pemeriksaan di Kawasan tanah gambut yang sering terbakar didapati infrastruktur check dam berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Kesiap siagaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi mencegah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan