Penerangan
KUALA TERENGGANU, 16 September 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, hari ini, Jumaat.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus. Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa longgokan timbunan pokok telah ditemui . Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tersebut.
Selain itu rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kawasan penempatan perumahan, dan Kawasan penempatan kilang-kilang Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang rondaan dan pemantauan dijalankan.
Pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian pencemaran yang tidak diingini berlaku agar orang awam sentiasa berada dalam keadaan sejahtera.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama