Penerangan
KUALA TERENGGANU, 15 September 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, hari ini, Jumaat.
Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan daerah Kuala Nerus, Setiu, Besut dan Kuala Terengganu
Hasil rondaan dan pemantauan ini tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui.
Walau bagaimanapun terdapat satu longgokan timbunan pokok di Kg Jabi,Besut. Banner larangan pembakaran terbuka telah di tampal di kawasan tersebut.
Selain itu rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kawasan penempatan perumahan, kilang-kilang serta tapak pelupusan sampah tiada kejadian yang tidak diingini seperti pelupusan haram dan kejadian tumpahan minyak dikesan pada rondaan dan pemantauan hari ini.
Pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian pencemaran yang tidak diingini berlaku agar orang awam sentiasa berada dalam keadaan sejahtera.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama