PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS TERENGGANU MENJALANKAN RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 29/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS TERENGGANU MENJALANKAN RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 11 OGOS 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu,  hari ini, Jumaat. Rondaan dan pemantauan dijalankan  melibatkan daerah daerah Kuala Terengganu, Marang, Rantau Abang dan  Paka daerah Dungun. Tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun terdapat satu longgokan timbunan pokok daripada aktiviti pembersihan  tanah di Kg. Jambu Pokok telah ditemui. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tersebut. Rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kawasan penempatan perumahan, kilang-kilang serta kawasan penempatan check dam,iaitu infrastruktur pencegahan kebakaran di kawasan tanah gambut yang sering terbakar semasa musim cuaca kering. Pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian pencemaran yang tidak diingini berlaku agar orang awam sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan