Penerangan
KEMAMAN, 11 OGOS 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan melibatkan Bukit Kuang. Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kg.Teluk Kalong, Kijal, Bukit Anak Dara, Kg.Jong Berlaboh, Kg.Padang Kemunting, Pengkalan Pasir, Paman, Ibok, Yak Yah, Binjai, Mak Lagam, Geliga, Kg.Fikri, Mak Chili Gong Pauh dan , Gong Limau.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan. Banner Larangan Pembakaran Terbuka dipasang di kawasan yang berpotensi berlaku pembakaran terbuka.
Rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Telok Kalong. Tiada abnormal aktiviti dikesan semasa rondaan dijalankan.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
Tiada aktiviti abnormal ditemui semasa pemantauan dijalankan ke atas premis berkenaan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama