PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DARI ISI RUMAH BANTU ORANG AWAM LUPUS SECARA SELAMAT DAN MESRA ALAM

DOE Terengganu 29/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE DARI ISI RUMAH BANTU ORANG AWAM LUPUS SECARA SELAMAT DAN MESRA ALAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 19 Ogos 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dengan kerjasama dan sokongan Pihak Berkuasa Tempatan, (PBT) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle telah berjaya mengadakan program pengumpulan e-waste dari isi rumah pada Sabtu. Inisiatif dan kerjasama ini dilaksanakan bagi membantu orang ramai melupuskan e-waste ini secara betul dan selamat mengikut keperluan undang-undang yang ditetapkan. Komitmen berterusan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)  dengan Syarikat KT Wan Recycle iaitu antara syarikat yang mempunyai lesen pengangkutan dan lesen kemudahan pemerolehan kembali luar tapak separa (e-waste) di negeri ini diharap dapat memudahkan orang ramai melupuskan e-waste ini di tempat yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama ini, semoga usaha dan komitmen berterusan ini akan dapat mengekalkan kesejahteraan alam sekitar di Negeri ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan