PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESIAP SIAGAAN PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS TERENGGANU MENJALANKAN RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESIAP SIAGAAN PASUKAN PENGUATKUASAAN JAS TERENGGANU MENJALANKAN RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/09/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 12 OGOS 2023–Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu terus bersiap sedia menjalankan rondaan bagi Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu, Sabtu. Rondaan dan pemantauan dijalankan melibatkan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus. Tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui. Walau bagaimanapun terdapat beberapa longgokan timbunan pokok daripada aktiviti pembersihan tanah di daerah Hulu Terengganu dan Setiu, telah ditemui. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan tersebut. Rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kawasan penempatan kilang kelapa sawit di daerah ini. Tiada kejadian yang mencurigakan ditemui. Pasukan penguatkuasaan JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kejadian pencemaran yang tidak diingini berlaku agar orang awam sentiasa berada dalam keadaan sejahtera. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan