Penerangan
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
KEMAMAN, 19 OGOS 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran.
Rondaan dan pemantauan MELIBATKAN sekitar Chukai, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kijal, Kemasik, Kertih, Kaw Perindustrian Kertih, Semayor, Ibok, Bukit Takal dan , Mak Chili menunjukkan tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Walau bagaimanapun pemasangan banner telah dipasang di kawasan semayor kerana terdapat longgokan sisa poko-pokok hasil pembersihan kawasan yang berpotensi menyebabkan pembakaran terbuka.
Rondaan dan pemantauan ini juga melibatkan kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Kerteh . Tiada abnormal aktiviti dikesan semasa rondaan dijalankan.
Pemeriksaan di kawasan penempatan infrastruktur check dam di Kemasik, iaitu kawasan yang sering terbakar semasa cuaca panas dan kering adalah baik.
Selain itu siasatan susulan aduan pencemaran bau juga dijalankan. di Taman Santong, Paka, menunjukkan tiada bau dikesan. Pemantauan di tapak projek ECRL di Semayor menunjukkan kawalan pencemaran habuk oleh pihak pemaju adalah baik.
Kesiap sediaan JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian pencemaran di daerah ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu