Penerangan
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos 2023: Ketua Penolong pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terennganu, YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah telah mememenuhi jemputan menghadiri Mesyuarat Pneyelarasan Gerak Kerja Karnival Lestari Semepena Sambutan Hari alam Sekitar Negara Peringakat Negeri Terengganu Tahun 2023 HARI INI, Khamis.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Ali bin Hashim, Secretariat Lestari UniSZA yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Wakaf dan Endownmen, Bangunan Canselori Lama, UniSZA, Gong Badak.
Hadir sama dalam mesyuarat ini adalah pegawai daripada SWCorp yang juga menjadi rakan korporat bagi menjayakan karnival ini yang bakal dianjurkan pada bulan Oktober 2023.
JAS Terengganu merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi UniSZA dan seluruh warganya di atas jemputan menjadi JAS sebahagian daripada rakan kolaborasi bagi penganjuran program yang besar ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama