Penerangan
KUALA TERENGGANU, 28 OGOS 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah turut sama menghadiri kursus asas pertolongan cemas yang telah diadakan pada hari ini, di Bilik Mesyuarat JAS Terengganu.
Kursus ini sangat bermanfaat kepada semua kakitangan JAS Terengganu di mana pada sesi ini selain para penjeramah jemputan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah En Shamsuri telah memberi ceramah dan latihan praktikal yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dan persediaan awal semasa berlaku kecemasan.
Jabatan Alam Sekitar merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terenggau di atas kesudian hadir sekaligus memberi ceramah dan Latihan praktikal yang bermanfaat kepada seluruh warga JAS Terengganu.
kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama