Penerangan
9 OGOS 2023, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Seri Perlis untuk menjayakan program Minggu Cakna e-Waste bagi meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan ewaste kepada seluruh warga sekolah.
Program ini melibatkan semua murid dan guru-guru di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program adalah pengumpulan ewaste yang dibawa oleh murid dan guru daripada rumah masing-masing, ceramah serta pameran.
Program ini amat bermanfaat kepada semua warga sekolah bagi menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan dan pelupusan ewaste dengan sebaiknya mengikut keperluan perundangan di samping memberi pendedahan bahawa aktiviti kitar semula ewaste juga boleh menjana pendapatan sampingan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Seri Perlis di atas kerjasama yang diberikan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_ogos2023