Penerangan
26 OGOS 2023, KAKI BUKIT - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah berjaya melaksanakan program Apresiasi Alam Sekitar Bersama Pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang telah diadakan di Taman Rekreasi Gua Kelam. Program ini adalah program kerjasama antara Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis. Program ini disertai oleh 120 orang pelajar dari institusi pengajian tinggi yang terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis Kampus Alam (UniMAP), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dan Institut Latihan Perindustrian Kangar.
Aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah ceramah berkaitan Pencegahan Pembakaran Terbuka oleh JAS, taklimat biodiversiti hutan oleh Jabatan Hutan, menerokai Gua Kelam seterusnya lawatan ke Galeri Gua Kelam dan Rumah Cermin.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar supaya kita masih dapat merasai suasa alam sekitar yang bersih dan selamat untuk diduduki. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan ketidakselesaan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis akan terus komited melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar supaya alam sekitar terjaga demi memastikan kelestarian alam sekitar Negeri Perlis terus terpelihara untuk generasi masa kini dan akan datang.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_september2023