Penerangan
6 SEPTEMBER 2023, KANGAR – Jabatan Alam Sekitar Perlis telah menerima lawatan kerja oleh delegasi dari Bahagian Komunikasi Strategik, Ibu Pejabat JAS yang diketuai oleh YBrs. Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Bahagian serta Ketua Seksyen Penerbitan dan Perpustakaan, Puan Zuraini binti Siam dan Puan Wan Na’ima Binti Wan Nawang, Pustakawan JAS.
Majlis pembukaan dan sesi taklimat bersempena program Lawatan Post-Naik Taraf ke Perpustakaan Enviro Digital @ JAS Perlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dan diteruskan dengan lawatan ke Perpustakaan JAS Perlis. Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh semua kakitangan JAS Perlis.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat hasil pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf Perpustakaan Enviro Digital oleh JAS Perlis bagi menyediakan pelaporan yang memfokuskan kepada perkhidmatan maklumat pendigitalan.
Selain itu taklimat berkaitan tatacara pendaftaran bahan bacaan, pengurusan perpustakaan juga turut disampaikan oleh Pustakawan JAS, Ibu Pejabat.
JAS Perlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Komunikasi Strategik di atas lawatan kerja ini yang menunjukkan komitmen pihak pengurusan tertinggi JAS dalam memastikan hala tuju naiktaraf perpustakaan ini jelas dan memberi manfaat kepada seluruh warga JAS dan juga orang awam.
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_september2023