PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB DATO' SERI S.SUNDARAJOO , AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) PULAU PINANG , EXCO PERUMAHAN DAN ALAM SEKITAR

DOE Pulau Pinang 27/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB DATO' SERI S.SUNDARAJOO , AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) PULAU PINANG , EXCO PERUMAHAN DAN ALAM SEKITAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/09/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

6 September 2023 (Rabu) – Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat YB Dato' Seri S.Sundarajoo, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang di KOMTAR,Pulau Pinang pada hari ini. Kunjungan Hormat ini telah diketui oleh YBrs. Encik Norazizi Bin Adinan, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Turut hadir Tn.Ts Azman Shah Bin Ismail Timbalan Pengarah, Encik Mohd Fitri Bin Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Ketua Cawangan Bayan Lepas serta beberapa pegawai. Objektif utama kunjung hormat ini diadakan adalah bagi sesi suai kenal serta perbincangan mengenai halatuju pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Negeri Pulau Pinang. Disamping membincangkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pencemaran alam sekitar serta langkah kawalan dan pencegahan yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan ini. Diharapkan jalinan baik dan kerjasama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan pembangunan ekonomi dan kelestarian alam sekitar dapat dicapai secara kolektif.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan