Penerangan
22 September 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi membincangkan pelarasan penugasan OP RAMAH yang telah dilancarkan Oleh APM pada 26 Mei 2023. OP RAMAH ini adalah berkonsepkan kepada respon APM dalam Menyantuni Aspirasi Kesejahteraan Awam di kawasan tumpuan 'hotspot' sebagai pendekatan menyantuni dan memberi kesedaran keselamatan orang awam mengenai pelbagai risiko berdampak dari Monsun Barat Daya (MBD).