Penerangan
TARIKH : 19 SEPTEMBER 2023 (SELASA)
TEMPAT : MENARA AQABAH, MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG, JOHOR
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar telah menyertai Mesyuarat Penyelarasan Status Kualiti Air Sungai Kim-Kum Bil 3/2023. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor Bersama-sama dengan YB Dato’ Asman Shah Bin Abd. Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan input status kualiti air terutama sungai-sungai yang berada di dalam daerah Pasir Gudang yang telah dibentangkan oleh Pn. Zuhainim Abd. Ghafar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar Ibupejabat. Mesyuarat juga turut dimaklumkan mengenai halatuju dan cadangan kelestarian sungai yang akan dijalankan pada masa yang akan datang oleh pihak urusetia.
Antara yang turut hadir adalah Dr. Mohd Famey Bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan pegawai-pegawai kanan Jabatan.