PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PERSAMPELAN KUALITI AIR SUNGAI DI PULAU LANGKAWI, KEDAH

DOE WP Putrajaya 27/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERSAMPELAN KUALITI AIR SUNGAI DI PULAU LANGKAWI, KEDAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/09/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

TAJUK          : PERSAMPELAN KUALITI AIR SUNGAI DI PULAU LANGKAWI, KEDAH TARIKH         : 24 OGOS 2023 TEMPAT       : SUNGAI SAGA, LANGKAWI, KEDAH Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan sesi demonstrasi persampelan kualiti air sungai untuk stesen 1KMLK004 Sungai Saga di Pulau Langkawi, Kedah dengan dibantu oleh pihak konsesi Jabatan Alam Sekitar iaitu Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. Dr. Abdul Rani Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Pakar Scieno TW Sdn. Bhd (PSTW) telah memberikan taklimat penerangan mengenai sedikit latar belakang mengenai lembangan dan stesen pengawasan kualiti air sungai di kawasan sekitar, tatacara prosedur persampelan, peralatan dan teknologi yang digunakan, dan cabaran yang dihadapi semasa kerja dilapangan. Frekuensi persampelan kualiti air sungai yang dijalankan adalah sebanyak enam (6) kali setahun melibatkan 1,353 stesen merangkumi 672 sungai dan 144 lembangan sungai di seluruh Malaysia yang dikelolakan di bawah Environmenal Quality Monitoring Programme (EQMP).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan