Tarikh: 22 hingga 25 Ogos 2023
Tempat: Hotel HIG, Pulau Langkawi
Pengerusi Bengkel: Y. Brs Dr Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Objektif Bengkel adalah seperti berikut:
- Untuk mendapatkan input dan pandangan susulan daripada pembentangan laporan akhir kajian tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu disemak semula dan diperincikan terhadap hasil kajian tersebut mengikut keperluan Jabatan
- Mengkaji kesesuaian standad yang telah dicadangkan dalam kajian semakan semula Kriteria dan Standad Kualiti Air Sungai Malaysia yang telah dijalankan pada Ogos 2019 dan telah tamat kajian pada Oktober 2020;
- Menyelaras dan menambahbaik input sediada yang telah dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Gerak Kerja dan membuat penyelarasan serta penambahbaikan seterusnya standad yang baharu yang lebih baik dan praktikal serta sesuai dapat digunapakai oleh semua pihak berkepentingan sepenuhnya;
- Menyediakan pelaporan hasil perbincangan bengkel untuk diangkat pemakaian kepada pihak pengurusan untuk ketetapan dalam pemakaian kriteria dan standad kualiti air sungai di Malaysia; dan
- memastikan kriteria dan standad kualiti air sungai di Malaysia yang baharu dapat digunapakai oleh semua pihak berkepentingan sepenuhnya