Penerangan
5 September 2023 (Selasa) – Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang, YBrs. Encik Norazizi bin Adinan telah menerima lawatan Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS Ibu Pejabat, YBrs. Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon serta Ketua Seksyen Penerbitan dan Perpustakaan Puan Zuraini binti Siam bersama Pegawai Perpustakaan ke JAS Pulau Pinang. Majlis pembukaan dan sesi taklimat bersempena program Lawatan Post-Naik Taraf ke Perpustakaan Enviro Digital @ JAS Pulau Pinang telah berlangsung di Perpustakaan JAS Pulau Pinang. Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Encik Mohd Fitri bin Mohd Mokhtar serta pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan dan Pengawasan, Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran JAS Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan menyediakan pelaporan hasil naik taraf Perpustakaan Enviro Digital @ JAS Pulau Pinang yang memfokuskan kepada perkhidmatan maklumat pendigitalan. Selain itu taklimat berkaitan tata cara pendaftaran bahan bacaan, pengurusan perpustakaan juga telah disampaikan oleh Pustakawan Ibu Pejabat JAS, Puan Wan Nai'mah binti Wan Awang. JAS Pulau Pinang merakamkan ucapan terima kasih di atas lawatan ini yang disifatkan komitmen pihak pengurusan tertinggi JAS dalam memastikan hala tuju naiktaraf perpustakaan ini jelas dan memberi manfaat kepada seluruh warga JAS dan juga orang awam.