Penerangan
LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 06.09.2023 (Rabu)
MASA : 10:00 - 5:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PP RK, PJ RZD
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KK - Putatan - Lok Kawi - Papar - Kinarut - Pejabat
TUGAS:
1. Siasatan 3 aduan PT.
2. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
1. Aduan pertama berasas. Terdapat kesan pembakaran di rumah milik individu yang diadu. Amaran dan edaran risalah larangan melakukan PT telah diberikan. Jiran pelaku juga turut diberi peringatan.
2. Aduan kedua adalah berasas. Terdapat kesan pembakaran sisa daun bersaiz 1x1 di belakang rumah yang diadu. Terdapat kesan-kesan pembakaran daun kering dapat diperhatikan di setiap rumah di bahagian belakang. Amaran turut diberikan kepada penduduk taman yang ditemui.
3. Aduan ketiga tidak berasas. Asap pembakaran racun nyamuk yang didakwa pembakaran terbuka. Pemilik rumah masih trauma kes denggi yang telah meragut nyawa ahli keluarga di rumah tersebut. Mereka sering membakar racun nyamuk dan menyembur racun nyamuk di halaman rumah.
4. Sepanjang perjalanan, terdapat 1 kes aktiviti pembakaran terbuka kabel yang dilakukan oleh PATI di dalam semak (~200 meter dari tepi jalan). Pelaku telah dijejaki dan diarah memadam pembakaran serta-merta. Amaran telah diberikan tetapi pelaku tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan enggan memberi kerjasama.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. 3 FC dan Edaran Risalah larangan melakukan PT.
Cuaca : Mendung.
Sekian dimaklumkan.