Penerangan
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG/BEAUFORT
TARIKH : 05.09.23
MASA : 8.00 AM - 05.00 PM
ANGGOTA : PPK WANA/PJ ER/PO AY
TUGAS :
1. CAC TPS Amboi Tenom
2. Siasatan Hotspot Jalan Angan-Angan Tenom
3. Rondaan Darat
KAWASAN RONDAAN:-
Keningau - Tenom - Jalan Angan-Angan - Keningau
PENEMUAN :
1??? CAC TPS Amboi
-TPS telah ditutup sejak 2018. Sampah domestik daerah Tenom akan dihantar ke TPS Keningau daerah Sook
-MD Tenom belum ada peruntukan untuk membina TPS baru
- Ewaste dari daerah Tenom belum ada tempat pengumpulan khas yang dibina.
2??? Hotspot Jalan Angan-Angan Tenom
- Hotspot berpunca dari pembukaan tanah anggaran keluasan 10 ekar (3.7 hektar)
-Semasa siasatan, PT telah padam sepenuhnya (bekas PT dapat dilihat di beberapa kawasan) dan tiada kontraktor pembersihan/peralatan ditemui
-Hasil temubual dengan penduduk berhampiran En Jamril memaklumkan, pemilik tanah tinggal di KK dan melantik pekerja untuk buka tanah bagi tujuan menanam buah avocado (pekebun kecil)
- tebang & kering sebelum bakar (sebab tidak dilakukan serentak dalam 1 masa)
- tidak bakar waktu malam/pagi
- bukan tanah gambut
- PT dijaga mengikut maklumat dari org awam yg ditemui
Cara membakar kawasan tersebut dilakukan sedikit demi sedikit dalam tempoh 2 minggu dan dilakukan pada waktu tengah hari/petang. Pekerja akan menjaga tapak semasa PT dilakukan mungkin disebabkan takut merebak kerana lokasi PT bersebelahan kebun sawit. Dalam tempoh 2 hari ni, tidak kelihatan pekerja di tapak berkenaan kerana cuaca hujan.
-Hasil siasatan dengan Pej Tanah&Ukur Tenom mendapati geran tanah adalah atas nama Chin Vui Hiung, tetapi tiada maklumat lain yang boleh didapati bagi membantu siasatan (alamat/no fon)
-sehingga ke harini, tiada aduan awam direkodkan berkaitan PT di lokasi berkenaan
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1. En Jamril telah diminta menyerahkan risalah PT dan sampaikan maklumat PT kepada pekerja pembersihan. En Jamril juga diminta untuk mengambil no telefon pekerja berkenaan dan serahkan kepada IO.
2. Siasatan lanjut akan dilakukan selepas maklumat pekerja pembersihan/pemilik diperolehi
3. Edaran risalah PT/amaran lisan juga telah diberi kepada penduduk berhampiran kawasan PT
4. Tiada PT dikesan sepanjang rondaan. Rondaan dari semasa ke semasa
Cuaca : Panas dan hujan di sesetengah kawasan rondaan
Sekian.