Penerangan
MAJLIS PELANCARAN SABAH EGERGY ROADMAP AND MASTER PLAN 2040 (SE-RAMP 2040) OLEH YAB KETUA MENTERI SABAH
?? TARIKH : 19 September 2023 (Selasa).
??? MASA : 9.00 am
?? TEMPAT : Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu.
?? WAKIL JAS: PK(K)ALI
LATAR BELAKANG
Sabah Energy Roadmap and Masterplan 2040 (SE-RAMP 2040) dilancarkan setelah persetujuan dicapai oleh kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan ke atas devolusi kuasa kawalselia tenaga kepada Negeri Sabah selari dengan Perjanjian Malaysia 1963, maka Kerajaan Negeri telah membuat pelbagai persediaan rapi untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Antaranya ialah penubuhan Unit Tenaga Negeri Sabah yang beroperasi pada 1hb Mac tahun lalu yang kemudiannya telah berjaya menubuhkan suatu badan berkanun iaitu Energy Commission of Sabah (ECoS) yang bertanggungjawab mengawalselia sektor gas daratan melalui kelulusan Enakmen Bekalan Gas dan Suruhanjaya Tenaga Sabah pada 10 Januari 2023.
OBJEKTIF
SE-RAMP 2040 ini diwujudkan hasil daripada kajian dan maklumat terperinci yang telah diperolehi melalui sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan iaitu Jabatan & Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pemain-pemain industri tenaga untuk memastikan ianya disediakan dengan seberapa menyeluruh dan tepat. Tiga (3) tunjang atau Objektif utama iaitu:-
1???Memastikan pembekalan tenaga yang berdaya harap (reliable and secure)
2???Mencapai liputan menyeluruh dan saksama serta mampu milik (equal accesiblilty and affordability);dan
3???Memelihara kelestarian alam sekitar (environmental sustainability).
Pengisian Program:
Selain Majlis Pelancaran SE-RAMP 2040 oleh YAB Ketua Menteri Sabah, memorandum persefahaman antara Energy Commission of Sabah (ECoS) dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan memorandum persefahaman antara Energy Commission of Sabah (ECoS) dengan UMS Investment Holdings Sdn Bhd (UMS) telah dimerterai. UMS menjadi institute pertama di Sabah yang akan menyediakan pusat pembelajaran bagi Program Kompetensi Jurutera & Penyelia Kejuruteraan Gas dan Orang Bertanggungjawab (Responsible Person) terhadap talian paip gas atau pemasangan gas di premis selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Bekalan Gas 2023 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 2023.