- Tajuk
- MESYUARAT TERMS OF REFERENCE ADEQUACY CHECK (TOR) BAGI “PROPOSED DEVELOPMENT OF INTEGRATED SCHEDULED WASTE MANAGEMENT HUB (ISWMH) AT LOT 3-10, SIPITANG OIL & GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP), SIPITANG, SABAH FOR E CONCERN (BORNEO) SDN. BHD
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 27/09/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
MESYUARAT TERMS OF REFERENCE ADEQUACY CHECK (TOR) BAGI “PROPOSED DEVELOPMENT OF INTEGRATED SCHEDULED WASTE MANAGEMENT HUB (ISWMH) AT LOT 3-10, SIPITANG OIL & GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP), SIPITANG, SABAH FOR E CONCERN (BORNEO) SDN. BHD.?? ????
?? Tarikh: 18 September 2023 (Isnin)
? Masa: 2.30 - 4.30 Petang
?? Tempat: Secara Atas Talian (Google Meet)
????? Pengerusi: KPP(K) Puan Nor Rashidah Mohd Ghazali (Bahagian Penilaian, JAS Ibu Pejabat)
?? Kehadiran JAS Sabah:
??????????????????????????? TP/KPP(P) AHM, PP(K) MAA & PP(K) FM
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
1??? Mesyuarat TORAC ini telah dihadiri seramai lebih kurang 50 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, pakar-pakar yang dilantik (AIs), penggerak projek & jururunding EIA.
2??? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan dokumen TOR yang telah dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat oleh pihak penggerak projek (PP), E Concern (Borneo) Sdn Bhd dan pihak jururunding EIA, AMR Environmental Sdn Bhd bagi cadangan aktiviti pembangunan Kemudahan Hab Bersepadu Pengurusan Buangan Terjadual (ISWMH).
3??? Wakil JAS Sabah memaklumkan ulasan bertulis terhadap dokumen TOR telah dikemukakan kepada pihak JAS Ibu Pejabat melalui surat bertarikh 25 Ogos 2023 dan tiada ulasan tambahan diutarakan semasa mesyuarat.
4??? Beberapa ulasan dan komen diutarakan semasa mesyuarat oleh Jabatan/Agensi teknikal, pakar yang dilantik dan pihak urusetia JAS Ibu Pejabat untuk diambilkira dalam kajian EIA dan dimasukkan dalam dokumen TOR.
5??? Pengerusi Mesyuarat memaklumkan berdasarkan ulasan dan komen Jabatan/Agensi Teknikal, Pakar yang dilantik (AIs) dan JAS, dokumen TOR perlu dikemaskini. Dokumen TOR yang telah dikemaskini hendaklah dikemukakan kepada JAS dalam tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan dokumen TOR berkenaan disahkan.