Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 BIL 1/2023
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 27/09/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Putrajaya
Penerangan
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 BIL 1/2023
Tarikh:14.09.2023 (Khamis)
?: 9.00 Pagi - 02.30 Petang
??: Hybrid (Bilik Mesyuarat Cempaka JAS Ibu Pejabat dan Aplikasi Google Meet)
Pengerusi : Ybhg Dato’ Wan Latiff bin Wan Jaffar (KPAS)
Wakil JAS Sabah : PP(K) Mardianah Aliska dan PP(K) Suffian Julmohamad
Ringkasan Mesyuarat:
1. Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan perkara-perkara berikut:
i. Perubahan Isu-Isu Luaran dan Dalaman
ii. Pencapaian dasar dan Objektif Kualiti
iii. Aduan Pelanggan dan Maklumbalas Pelanggan
iv. Laporan Audit Kualiti Dalaman
v. Tindakan-tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan serta Peluang Penambahanbaikan
vi. Kecukupan Sumber
vii. Daftar Risiko JAS: Tindakan dan Keberkesanan
viii. Perkara-Perkara Berbangkit
2. Perkara utama yang perlu diambil perhatian daripada Ybhg Dato’ KP ialah
- Penambahbaikan berterusan hendaklah dilaksanakan berterusan di dalam MS ISO 9001:2015 termasuk sistem kerja JAS secara keseluruhannya. Keperluan think tank group untuk penambahbaikan ini.
- Jadual penguatkuasaan EIA hendaklah sepatutnya dirancang dengan kos pemeriksaan.
- Kesalahan-kesalahan kecil yang sering berulang yang didapati semasa AKD hendaklah perlu dibuat kajian/analisis kerana perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan perlu penambahbaikan. Semua pegawai dan kakitangan JAS sepatutnya mematuhi sistem kerja yang telah disediakan.
3. Dimaklumkan juga satu cadangan bagi pindaan Objektif Kualiti MS ISO 9001:2015 iaitu
- Objektif 1 : i) Tempoh pemprosesan EIA Jadual 1 tidak melebihi 5 minggu atau 25 hari bekerja dari tarikh laporan diterima.
ii) Tempoh pemprosesan EIA Jadual 2 tidak melebihi 12 minggu atau 60 hari bekerja dari tarikh laporan diterima
- Objektif 2: Pelaporan penguatkuasaan projek-projek EIA hendaklah dilengkapkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh siasatan.
4. Satu mesyuarat pemegang dokumen di JAS Sabah akan diadakan bagi membincangkan dapatan dan penemuan semasa AKD yang lepas dan penerangan butiran mesyuarat pada hari ini.