Penerangan
MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL HALA TUJU PERJANJIAN MALAYSIA 1963 BERKAITAN ALAM SEKITAR DI SABAH
?? Tarikh: 12 September 2023 (Selasa)
??? Masa: 10.00 pagi - 11.30 pagi
??? Tempat: Secara dalam talian Google Meet (GM)
?? Anjuran: Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
?????????????????? Kehadiran dari JAS Sabah:
1??? TP/ KPP(P)(AHM)
2??? PP(K)(MJJ)
3??? PP(K)(SJ)
?? Ringkasan Laporan Perbincangan:
1??? Selain daripada wakil NRECC,
mesyuarat perbincangan turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Bahagian Berbahaya berserta pegawai kanan bahagian tersebut dan JAS Negeri Sabah.
2??? Urusetia memaklumkan bahawa 2 orang wakil dari NRECC, 4 orang wakil dari JAS Ibu Pejabat serta 3 orang dari JAS Negeri Sabah akan menghadiri bengkel tersebut yang dijadualkan pada 25 - 27 September 2023 di Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
3??? JAS Negeri Sabah memaklumkan bahawa beberapa siri perkongsian berkaitan perundangan Buangan Terjadual dan sistem dalam talian eSWIS telah diadakan bersama JPAS dan agensi negeri lain.
4??? Wakil NRECC memaklumkan bahawa kementerian hanya berhasrat menyerahkan bidang kuasa berkaitan peraturan buangan terjadual dan bukan keseluruhan AKAS 1974.
5??? Urusetia memohon JAS Negeri Sabah menyampaikan taklimat atau berkongsi berkaitan dengan Senario Pengurusan Buangan Terjadual Di Negeri Sabah.
6??? Urusetia memaklumkan bahawa maklumat wakil kementerian, Jabatan dan slaid pembentangan perlu dikemukakan kepada urusetia penganjur bengkel selewat-lewatnya pada 20 September 2023.
7??? Urusetia memaklumkan bahawa sebarang maklumat, cadangan atau info berkaitan bengkel ini akan dimaklumkan dan dikongsikan di dalam di dalam group aplikasi WhatsApp yang telah disediakan.