PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK RMK-12: KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR BIL.3 /2023

DOE WP Putrajaya 27/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK RMK-12: KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR BIL.3 /2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/09/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK RMK-12: KAJIAN PEMBENTUKAN LEMBAGA ALAM SEKITAR BIL.3 /2023 ??? ?? Tarikh: 25 Ogos 2023 (Rabu) ? Masa: 9.00 - 12.30 Tghri ??? Tempat: Secara Hybrid (JAS Ibu Pejabat & Google Meet) ????? Pengerusi: YBrs. Puan Rohimah Ayub ?? Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat ?? Kehadiran JAS Sabah: PP ZFS ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat: 1??? Mesyuarat ini diadakan utk membentangkan status draf laporan akhir dan draf perundangan Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2023 yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar dan UKM Pakarunding telah dilantik bagi melaksanakan kajian ini untuk dilaksanakan oleh ahli-ahli profesional alam sekitar (Environmentalist) dari peringkat perancangan sehingga peringkat operasi bagi sesuatu pembangunan bagi menyelaras dan memantapkan proses berkaitan 'Orang yang Berwibawa' serta pengamal berkaitan alam sekitar. 2??? Sesi libat urus bagi draf perundangan Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) akan diadakan kelak bagi mendapatkan pengesahan sebelum draf tersebut dimuktamadkan. 3??? Seramai 245 Agensi yang dilibatkan bagi melaksanakan Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) ini (tidak termasuk jururunding). 4??? Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan iaitu fungsi-fungsi agensi luar di peringkat Negeri, Persekutuan dan antarabangsa turut dikaitkan dengan perundangan yang berkaitan dengan alam sekitar termasuk fungsi dan bidang kuasa yang bertindan di negeri Sabah. 5??? Kajian ini turut membuat perbandingan dengan undang-undang penubuhan Lembaga sedia ada seperti BEM, MBOT, LPSM dan BOG. 6??? Terma 'Lembaga Alam Sekitar' yang dicadangkan sebelum ini dicadangkan untuk diubah kepada 'Lembaga Pengamal Alam Sekitar' agar ia lebih spesifik dan merujuk tujuan penubuhan Lembaga yang mengawalselia pengamal alam sekitar. 7??? JAS dan EIMAS adalah menjadi agensi utama dalam meluluskan pendaftaran dan Lembaga membantu dalam mengawal selia profesion berkaitan aspek perkhidmatan, etika dan penjagaan kepentingan orang awam. Manakala, cadangan bagi peruntukan perundangan (akta baharu) adalah "Akta Lembaga Pengamal Alam Sekitar".

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan