Penerangan
MENGHADIRI JEMPUTAN PROGRAM SESSI DIALOG BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN PENDUDUK KAMPUNG PENIMBAWAN, TUARAN
?? TARIKH : 07 September 2023 (Khamis).
??? MASA : 2.00 Pm
?? TEMPAT : Gelanggang Futsal, Kg Penimbawan, Tuaran
Objektif Program
1??? Menjalinkan Kerjasama Bersama Pemimpin, Agensi Kerajaan dan Masyarakat Kampung.
2??? Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat Kampung Berkaitan Dengan Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan Mengenai Pentingnya Menjaga Alam Sekitar.
3??? Mengenalpasti Sumber-Sumber Ekonomi Yang Boleh Diterokai Oleh Masyarakat Khususnya Belia di Kg. Penimbawan.
Isu berbangkit
1??? Penduduk kampung memohon peruntukan daripada JAS untuk pengurusan sampah sarap di kawasan kampung. Wakil JAS memaklumkan pengurusan sampah sarap terletak dalam bidang kuasa PBT dan memohon agar pucuk pimpinan kampung mencari jalan untuk menguruskan masalah sampah sarap di kampung tersebut.
2??? Penduduk kampung bertanya berhubung kemudahan pembakaran sebagai langkah melupuskan sampah sarap di kampung. Wakil JAS memaklumkan pembakaran terbuka sampah sarap adalah tidak dibenarkan di semua kawasan atas faktor keselamatan& kesihatan penduduk dan kualiti udara persekitaran.
3??? Penduduk kampung bertanya kepada JAS berhubung perancangan JAS dalam menguruskan sampah sarap di kawasan kampung. Wakil JAS memaklumkan pengurusan sampah sarap terletak dalam bidang kuasa PBT dan memohon mereka menghubungi PBT.