PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT PETRONAS CARIGALI SDN BHD (SBA) KEPADA JAS SABAH DAN PERBINCANGAN DEWAX TASKFORCE & PROJEK MAWAR (MANAGING WASTE REDUCTION) SABAH OIL AND GAS TERMINAL (SOGT)

DOE Sabah 27/09/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KUNJUNGAN HORMAT PETRONAS CARIGALI SDN BHD (SBA) KEPADA JAS SABAH DAN PERBINCANGAN DEWAX TASKFORCE & PROJEK MAWAR (MANAGING WASTE REDUCTION) SABAH OIL AND GAS TERMINAL (SOGT)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/09/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

KUNJUNGAN HORMAT PETRONAS CARIGALI SDN BHD (SBA) KEPADA JAS SABAH DAN PERBINCANGAN DEWAX TASKFORCE & PROJEK MAWAR (MANAGING WASTE REDUCTION) SABAH OIL AND GAS TERMINAL (SOGT) ?? TARIKH : 08 Seotember 2023 (Rabu). ??? MASA : 09.30 pagi - 11.20 pagi ?? TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sipadan JAS Sabah. ? Kunjungan daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) Sabah Aset (SBA) diketuai oleh Pengurus Besar Kanan iaitu En. Mohd Nazlee Rasol. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan barisan terkini Pengurusan Atas bagi PCSB SBA yang mana terdapat pertukaran bagi Intergrated Facilities iaitu kini diketuai oleh En. Eruwan Gerry Norsen dan Pegurus Kanan HSE yang baru iaitu Cik Saira Hanim Shamsi. ? Pihak Petronas memaklumkan bahawa sehingga Julai 2023 sebanyak 1845 MT buangan terjadual kod SW311 dilupuskan dan dijangkakan akan terus menghasilkan buangan tersebut. Oleh itu, permohonan menyimpan buangan melebihi 20MT masih akan diteruskan bagi 6 bulan berikutnya. ? Pembentangan mengenai perkembangan terkini kemajuan DEWAX TASKFORCE dan PROJEK MAWAR (Managing Waste Reduction) iaitu bagi projek DeWax iaitu Enhanced Demulsifier Injection di Offshore Gumusut Kakap telah menunjukkan perkembangan positif iaitu pemisahan minyak dan air yang lebih baik di di settling tank di SOGT dan menyebabkan pengurangan enapcemar. ? Bagi Projek MAWAR (chemical & thermal) iaitu Sludges Breaker and Thermal Treatment di SOGT menunjukkan keberkesanaan pemisahan 100 peratus bagi enapcemar yang dirawat iaitu minyak dan air dapat dipisahkan dengan berkesan. Projek MAWAR 2.0 sedang dijalankan dengan menggunakan kaedah thermal dan mechanical pula. ?Pihak Petronas turut memaklumkan mengenai perancangan untuk memohon Pengurusan Khas bagi SW311 untuk pelupusan sebagai bukan buangan terjadual. Namun begitu permohonan ini hendaklah dikemukakan di Bahagian Bahan Berbahaya di JAS Ibu Pejabat. ?Kelulusan Lesen Pelanggaran Udara di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah diperolehi daripada Bahagian Udara, di JAS Ibu Pejabat pada 28 Jun 2023 bagi tempoh satu tahun bagi SOGT. ? Pihak Petronas turut memaklumkan telah berbincang dengan PP(K) Chai bagi cadangan melaksanakan CSR bersama Jabatan bagi program kesedaran alam sekitar seperti Kempen Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka Komuniti dan Program Sekolah Lestari. JAS Sabah akan mengemukakan kertas kerja kepada pihak Petronas. ?Tuan Pengarah JAS Sabah turut memberi kredit terhadap perkembangan positif bagi DeWax Taskforce dan Project MAWAR.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan