PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

PERBINCANGAN BAGI PROGRAM MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR

DOE WP Labuan 27/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERBINCANGAN BAGI PROGRAM MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/09/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 19 September 2023 Tempat: Bilik Mesyuarat Bukit Kalam, PC Methanol Labuan Kehadiran JAS: Pengarah, PK Asyiqin, MySTEP NAA Program Memperkasakan Bahasa Inggeris dan Kesedaran Alam Sekitar ini merupakan program kesedaran (KeKAS) yang melibatkan beberapa rakan strategik iaitu Jabatan Alam sekitar bersama SEAS, Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan Labuan Antara steels dan Petronas Chemical Methanol Labuan. Perbincangan dibuat secara hibrid yang meliputi semua aspek iaitu pengenalan program, cara pelaksanaan program, agihan tugas setiap agensi yang terlibat, dan pembentangan bajet. Cadangan Pelaksanaan 1. Program akan diadakan pada 3-5 November 2023 bertempat di Palm Beach Resort dan SPA. 2. Antara aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak JAS Labuan adalah seperti pembersihan pantai, penanaman Pokok, Menandatangani MOU Kerjasama Rakan Strategik JAS, pendaftaran RAS, Ceramah E-waste, Pemeriksaan kenderaan dan kutipan e-waste 3. Penyertaan program adalah dalam kalangan murid sekolah rendah di Labuan melibatkan semua 14 buah sekolah rendah terdiri daripada 10 pelajar setiap sekolah. Tambahan pula, golongan murid yang menyertai program dipilih berdasarkan tahap kefahaman bahasa inggeris iaitu penguasaan bahasa inggeris pada tahap sederhana. 4. Program BI yang dijalankan adalah bersesuaian dengan tema alam sekitar. Sekian dan Terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan