PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SESI LIBAT URUS PELAN TINDAKAN PEMBERSIHAN PANTAI (PTPP) PERINGKAT NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2023

DOE Sabah 27/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS PELAN TINDAKAN PEMBERSIHAN PANTAI (PTPP) PERINGKAT NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/09/2023
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

SESI LIBAT URUS PELAN TINDAKAN PEMBERSIHAN PANTAI (PTPP) PERINGKAT NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2023 Tarikh: 28-30 Ogos 2023 Tempat: Kudat Golf and Marina Resort Sabah Anjuran: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah Perasmi: PEGAWAI DAERAH KUDAT EN. RUSDI BELUN 1??? Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) Peringkat Negeri Sabah telah berjaya dianjurkan oleh Unit Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka dan Kontigensi Tumpahan Minyak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah. 2??? Tujuan penganjuran sesi libat urus ini adalah untuk: 1. Untuk meningkatkan pemahaman pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dan agensi pelaksana yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menggunapakai Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) Edisi 2021; 2. Membincangkan keberkesanan Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) Edisi 2021 sewaktu berlakunya tumpahan minyak dan kerja-kerja pembersihan yang perlu dijalankan; 3. Mewujudkan satu platform bagi memastikan kerjasama yang berterusan diantara Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dan agensi pelaksana dalam menangani isu pembersihan minyak di persisiran pantai; 4. Mengemaskini senarai nama, alamat agensi dan nombor pegawai perhubungan setiap agensi termasuk, agensi berkaitan pengurusan hidupan liar; 5. Menjadikan sesi libat urus ini sebagai media bagi membincangkan isu-isu serta masalah-masalah yang dihadapi oleh agensi pelaksana dalam menangani isu pembersihan minyak di persisiran pantai; 6. Selain itu para peserta didedahkan dengan Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Malaysia (Malaysia Oil Spill Contigency Plan – MOSCoP) dan Pelan Tindakan Hidupan Liar Yang Dicemari Minyak Malaysia (Malaysia Oiled Wildlife Response Plan - MOWReP); Shoreline Cleanup and Assessment Technique (SCAT) dan juga Environmental Sensitive Index (ESI). 3??? Sesi Libat Urus ini telah disertai oleh 45 orang peserta dari pelbagai agensi di peringkat Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Minyak dan Gas. 4??? Pihak urusetia ingin mengucapkan ribuan terima kasih keatas kehadiran semua peserta yang hadir semasa sesi libat urus pada kali ini. 5??? Semoga perkongsian yang telah diberikan sepanjang sesi libat urus yang dianjurkan ini dapat memberi maklumat terkini kepada agensi-agensi yang terlibat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan