Penerangan
15 September 2023, Shah Alam – Perasmian bengkel bagi projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12: Pengukuhan Dasar dan Perundangan Alam Sekitar- Kajian Pembentukan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar (Pembangunan), Puan Mashitah Binti Darus. Bengkel ini berlangsung di Accapella Suite Hotel, Shah Alam bermula pada 13 hingga 15 September 2023. Bengkel ini bertujuan untuk melengkapkan draf laporan akhir kajian yang telah disediakan oleh pihak UKM Pakarunding Sdn. Bhd.
Bengkel kali ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan, badan profesional berdaftar, institut pengajian tinggi, pihak berkuasa tempatan, jururunding EIA, juruaudit alam sekeliling dan sebagainya. Semua input dan pandangan yang diterima akan diambil kira dalam melengkapkan kajian ini dan Jabatan berharap kajian ini akan membantu dalam meningkatkan kualiti laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) dan pengurusan alam sekitar secara umum.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama