PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

BENGKEL PENYELARASAN BIL. 2/2023 KUMPULAN PEMIKIR (THINK TANK GROUP) PINDAAN PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING (AKTIVITI YANG DITETAPKAN) (PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING) 2015

DOE WP Putrajaya 26/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENYELARASAN BIL. 2/2023 KUMPULAN PEMIKIR (THINK TANK GROUP) PINDAAN PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING (AKTIVITI YANG DITETAPKAN) (PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING) 2015
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/09/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

BENGKEL PENYELARASAN BIL. 2/2023 KUMPULAN PEMIKIR (THINK TANK GROUP) PINDAAN PERINTAH KUALITI ALAM SEKELILING (AKTIVITI YANG DITETAPKAN) (PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING) 2015 ??? ?? Tarikh: 21 & 22 Ogos 2023 ??? Masa: 8.30 pagi - 10.30 malam ??? Tempat: Geno Hotel, Shah Alam, Selangor ????? Pengerusi: YBrs. Puan Rohimah Ayub, Pengarah Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat ?? Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat ?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 21 orang Ahli Kumpulan Pemikir yang dilantik. ?? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) FM ?? Ringkasan Output Bengkel: 1??? Bengkel ini diadakan adalah kesinambungan kepada beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan sebelum ini secara atas talian bagi membincangkan pindaan kepada Perintah EIA 2015. 2??? Kumpulan Pemikir bagi Pindaan Perintah EIA 2015 ini diwujudkan bagi meneliti dan memperhalusi semua Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) yang disenaraikan dalam Perintah EIA 2015 dari segi keperluan untuk menambah, menggugurkan atau meminda kuantum, saiz dan kriteria AYDT dengan mengambilkira keperluan dan situasi semasa. 3??? Antara AYDT sediaada yang dibincangkan adalah aktiviti pengolahan dan pelupusan buangan (BT, sisa pepejal & kumbahan), aktiviti perumahan, estet perindustrian & bandar baharu, jalan raya, bahan buangan radioaktif, pertanian & penternakan, aerodrom, pengairan dan saliran serta perhutanan. 4??? Group Think Tank telah berbincang dan bersetuju menggugurkan beberapa AYDT sediaada dengan mengambilkira polisi & perundangan sediaada dibawah kawalan Jabatan/Agensi teknikal yang lain, impak pencemaran semasa dari projek sediaada yang kurang signifikan serta kajian impak yang bertindih dengan keperluan kajian dibawah Jabatan/Agensi lain. 5??? Mesyuarat bersetuju untuk memperhalusi justifikasi AYDT yang digugurkan pada mesyuarat yang akan datang dan ahli diminta untuk memberikan ulasan dan input (sekiranya ada) dari semasa ke semasa sebelum mesyuarat yang akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan