Penerangan
05 SEPTEMBER 2023, BUKIT MERAH - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah dijemput oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Negeri Perak untuk menyampaikan ceramah kesedaran alam sekitar kepada para pelajar dan guru berkaitan “Kehijauan Dan Kemampanan Alam Sekitar?? bersempena Karnival Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) Peringkat Negeri Perak di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak.
Turut serta dalam sesi ceramah ini ialah Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Negeri Perak, En. Muhammad Aminuddin bin Abdul Majid. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Negeri Perak atas jemputan dan semoga kerjasama yang terjalin akan berterusan demi memastikan kelestarian alam sekitar di negeri Perak terus terpelihara pada masa kini dan generasi akan datang.
Unit Pendidikan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak akan sentiasa menyalurkan maklumat-maklumat yang terkini berkenaan kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat.
#NRECC
#jabatanalamsekitar
#jasperak_september2023
#hariozonsedunia
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari