PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMATUHAN PROJEK-PROJEK EIA (PENAMBAKAN LAUT) DI PERAIRAN SELAT MELAKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

DOE Melaka 26/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMATUHAN PROJEK-PROJEK EIA (PENAMBAKAN LAUT) DI PERAIRAN SELAT MELAKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/09/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

PEMATUHAN PROJEK-PROJEK EIA (PENAMBAKAN LAUT) DI PERAIRAN SELAT MELAKA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA 19 September 2023, PULAU MELAKA, MELAKA - Bertindak diatas aduan di media, pasukan pemantau telah digerakkan dengan segera ke lokasi aduan. Tumpuan diberikan kepada projek-projek yang telah menerima kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Umum mungkin tidak mengetahui bahawa seusai mendapat kelulusan EIA, ia disusuli dengan syarat-syarat yang meliputi langkah mitigasi yang wajib diambil terutamanya bagi memastikan projek atau aktiviti yang dijalankan mendatangkan impak yang minima kepada alam sekitar. Sebagai contoh bagi kes penambakan laut, langkah kawalan atau perlindungan seperti pemasangan ‘silt curtain’ dan / atau ‘rock revetment’. Langkah mitigasi seumpama ini merupakan langkah kawalan yang telah dikaji dan dicadangkan sendiri oleh pihak pemaju melalui perunding mereka. Jabatan ini menggesa pihak-pihak yang telah menerima kelulusan EIA terutama penambakan di Selat Melaka untuk melihat dan menjaga serta melindungi projek masing-masing dengan menyemak pematuhan syarat-syarat EIA yang telah dimaklumkan sebelum ini. Amatlah rugi sekiranya usaha dan penat lelah menyediakan suatu laporan EIA tidak diambil kira oleh pemaju sejurus kelulusan EIA diperolehi. Kesalahan seumpama ini merupakan kesalahan dibawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dimana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000.00 atau penjara 5 tahun. Selain denda harian sebanyak RM 1000.00 sekiranya notis disampaikan dengan sempurna kepada pihak yang terlibat. Pemantauan secara berterusan dari Seksyen Penguatkuasaan EIA JAS Negeri Melaka secara berterusan ke atas projek-projek penambakan laut di Selat Melaka ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar khususnya di Negeri Melaka. Jabatan ini mengucapkab ribuan terima kasih diatas aduan yang diterima, sama samalah kita menjaga dan melindungi alam sekitar kita. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan