PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN ANJURAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP)

DOE Pulau Pinang 26/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN ANJURAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/09/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

3 September 2023 (Ahad) - Penganjuran program "Car Free Day" atau dikenali sebagai Hari Tanpa Kenderaan di Lebuh Pantai, George Town oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah disertai oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Program yang diadakan pada setiap hujung minggu ini bertujuan untuk memupuk budaya riadah yang sihat serta menyalurkan info-info terkini berkenaan peranan dan fungsi-fungsi agensi kerajaan yang berkhidmat di Pulau Pinang. Melalui platform ini, banyak aktiviti-aktiviti telah disusun dan dijalankan untuk faedah komuniti setempat seperti senam robik, acara memburu harta karun, sukan riadah pickerball, kempen pengumpulan e-sisa, pameran agensi-agensi kerajaan dan banyak lagi. Melalui penganjuran program ini juga, ia dapat memberi kesan atau impak pengurangan pelepasan karbon dari kenderaan. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sentiasa mengalu-alukan serta menyokong penuh program-program sebegini. Diharap hubungan erat di antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang akan sentiasa utuh demi kelestarian negeri Pulau Pinang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan