PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MAJLIS PERJUMPAAN DAN BREAKUP SESSION YAB KETUA MENTERI BERSAMA KETUA JABATAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN NEGERI MELAKA - KUMPULAN 5 (SM-WEZ)

DOE Melaka 26/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERJUMPAAN DAN BREAKUP SESSION YAB KETUA MENTERI BERSAMA KETUA JABATAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN NEGERI MELAKA - KUMPULAN 5 (SM-WEZ)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/09/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

MAJLIS PERJUMPAAN DAN BREAKUP SESSION YAB KETUA MENTERI BERSAMA KETUA JABATAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN NEGERI MELAKA - KUMPULAN 5 (SM-WEZ) 19 September 2023, AYER KEROH, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah terlibat di Program Perjumpaan YAB Ketua Menteri Melaka bersama Ketua Jabatan serta agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Diantara amanat YAB Ketua Menteri adalah Melaka beraspirasi sebagai negeri “mesra pelabur??dan tidak mahu kumpulan pelabur berasa sukar untuk berurusan dan menjalankan perniagaan di negeri ini. Dalam pertemuan tersebut, setiap agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu memberi tumpuan kepada projek pembangunan di Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ). Susulan itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka yang diketuai Ketua Jabatan Encik Rosli bin Mustafa bersama beberapa Jabatan dan agensi yang rata-rata juga diketuai Ketua Jabatan masing-masing dikenalpasti telah mengadakan perbincangan berkaitan SM-WEZ dimana penyelarasan telah diadakan bagi mencapai penyelesaian secara berhemah dalam menentukan pembangunan adalah secara lestari. Semoga kerjasama baik dan harmoni diantara Jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri dapat memacu pembangunan yang diaspirasikan oleh Negeri Melaka. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan