Penerangan
Tarikh: 27 hingga 28 Ogos 2023
Tempat: Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah
Objektif Program: Untuk meningkatkan pengetahuan mengenai Total Maximum Daily Load (TMDL) yang merupakan satu pendekatan yang mengambilkira semua punca pencemaran yang menyumbang kepada kemasukan bahan percemar ke dalam sungai. Ini termasuklah punca tetap dan punca tidak tetap yang dikawal di bawah bidangkuasa pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri. Kursus ini juga diadakan menerusi pelaksanaan Kajian Pembangunan Total Maximum Daily Load bagi Sungai Perai.
Perasmi: En. Shazly bin Ab. Rahim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Air dan Marin
Kehadiran : seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan di Negeri Kedah, pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah serta pihak perunding kajian, Wiranda (M) Sdn. Bhd. Topik-topik yang telah disampaikan dalam kursus ini iaitu Konsep TMDL & Implikasi Pelaksanaan TMDL di Malaysia (Dr. Rani Abdullah); Pemodelan WASP (En. Loh Ri Jian); Hidrologi (Ir. Ahmad Sharmy Mohammad Jaffar); Inventori Punca Pencemaran (En. Nik Faris Hilmi Nik Roslan); dan Penentuan Kualiti Air Sungai dan Beban Pencemaran (En. Jeyaprahas Kandasamy).