PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SEMINAR PEMANTAPAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DIBAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (BUANGAN TERJADUAL) 2005 DAN HANDS-ON PENGGUNAAN SISTEM e-SWIS (SIRI 2)

DOE Melaka 19/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMANTAPAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DIBAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (BUANGAN TERJADUAL) 2005 DAN HANDS-ON PENGGUNAAN SISTEM e-SWIS (SIRI 2)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
19/09/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

SEMINAR PEMANTAPAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DIBAWAH PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (BUANGAN TERJADUAL) 2005 DAN HANDS-ON PENGGUNAAN SISTEM e-SWIS (SIRI 2) 19 September 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab KESMA telah selesai menganjurkan Seminar Pemantapan Pengurusan Buangan Terjadual dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Hands-on Penggunaan Sistem e-SWIS (Siri 2) bersempena Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2023 Peringkat Negeri Melaka pada 14 September 2023 (Khamis) yang lepas bertempat di Hotel Mudzaffar, Ayer Keroh, Melaka. Seminar ini memberi peluang kepada premis, industri, orang awam dan perunding dengan menyampaikan penerangan yang jelas berkaitan keperluan pematuhan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 melalui kaedah pelaporan kendiri dengan penggunaan sistem “eSWIS?? yang akan telah disampaikan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka kepada semua peserta. Pameran Jabatan Alam Sekitar dan pihak swasta berkaitan sistem pengurusan alam sekitar seperti Crisben Malaysia Sdn Bhd, Malacha Sdn Bhd, Eco Solution Sdn Bhd, Victory Recovery dan Sage Promaster turut diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Jabatan ini komited untuk mengadakan seminar dan bengkel secara beterusan bagi menyampaikan informasi serta maklumat secara terus dan tekini mengenai pengurusan alam sekitar yang berkaitan dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama #KESMA2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan