PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN PEMBUKAAN KAUNTER ADUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DALAM MAJLIS HARI BERTEMU RAKYAT KERAJAAN NEGERI MELAKA

DOE Melaka 19/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN PEMBUKAAN KAUNTER ADUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DALAM MAJLIS HARI BERTEMU RAKYAT KERAJAAN NEGERI MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
19/09/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN PEMBUKAAN KAUNTER ADUAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DALAM MAJLIS HARI BERTEMU RAKYAT KERAJAAN NEGERI MELAKA 19 September 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah terlibat di program Hari Bertemu Rakyat pada 14 September 2023 yang lepas di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Jabatan dan agensi peringkat Persekutuan dan Negeri di Melaka juga turut serta dalam program ini. Program Hari Bertemu Rakyat ini adalah satu peluang kepada orang awam untuk berinteraksi dan mengajukan segala aduan secara terus kepada YAB Ketua Menteri Melaka, YB Exco, Timbalan Exco dan Ketua-Ketua Jabatan yang memberi perkhidmatan di Negeri Melaka. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan pameran kesedaran alam sekitar dan pembukaan kaunter aduan serta pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dilaksanakan untuk kemudahan orang awam yang hadir. Selain itu, orang awam juga boleh menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan