Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2023- JASWPKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SWCorp telah menjalankan Operasi Bersepadu Bunyi Bising dan Diesel di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Dalam operasi ini 57 buah kenderaan telah diperiksa. Daripada pemeriksaan tersebut 4 Notis Arahan telah dikeluarkan. Operasi ini melibatkan seramai enam pegawai dari JAS WPKL dan anggota PDRM,JPJ dan SW Corp.
Penguatkuasaan oleh JAS WPKL dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan dan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974.