Penerangan
10 September 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput Oleh pihak TNB Energy Services Sdn. Bhd. untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar di Program "TNBES Safety Week 2023" bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam.
JAS Negeri Selangor mengambil peluang ini berkongsi maklumat mengenai bidang tugas Jabatan serta melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar kepada peserta yang hadir.
Jabatan Alam Sekitar komited bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha mendidik serta memberikan kesedaran alam sekitar kepada segenap masyarakat agar alam sekitar yang ii kita cintai ini kekal terpelihara. "Alam sekitar tanggungjawab bersama".