Penerangan
Shah Alam, 10 September 2023 – Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan rondaan dan pemantauan pada cuti hujung minggu bagi mencegah pencemaran di beberapa lokasi kawasan perindustrian di Shah Alam. Antara lokasi tersebut adalah seperti di Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie, seksyen U1, Kawasan Perindustrian Temasya, Kawasan Perindustrian Bukit Cherakah, seksyen U9, Kawasan Perindustrian Mah Sing, seksyen U5, Kawasan Perindustrian Bukit Jelutong, seksyen U8 dan Kawasan Perindustrian TUDM Subang, Seksyen U6. Hasil siasatan mendapati tiada aktiviti pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan dan aktiviti pembakaran terbuka.