Penerangan
9 September 2023(Sabtu), Kuala Langat - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menganjurkan Program Dialog Pengurusan Tanah Gambut Lestari dan Larangan Pembakaran Terbuka di Dewan Orang Ramai Sri Kundang,
Kg Kundang, Tanjong Sepat, Banting. Program dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor(JPNS) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor(PKPS) ini merupakan pendekatan turun padang bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan jerebu setempat serta menyedarkan para petani yang mengusahakan tanah pertanian di dalam kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan agar mengamalkan kaedah pembakaran sifar.Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam program ini adalah Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Jabatan Mineral & Geosains (JMG), Jabatan Pertanian, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM), Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.
Program juga diselitkan dengan pameran oleh agensi kerajaan, program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) serta program kitar semula minyak masak terpakai.