Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 10 OGOS 2023- JASWPKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Operasi Bunyi Bising di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.
Dalam operasi ini 16 buah motosikal telah diperiksa. Daripada pemeriksaan tersebut 13 kompaun & 15 Notis Arahan telah dikeluarkan. Operasi ini melibatkan seramai lapan pegawai dari JAS WPKL dan anggota JSPT.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal dengan mengeluarkan bunyi bising melebihi 95 dBA mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.