Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 05 JULAI 2023- JASWPKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Operasi Bunyi Bising di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya .
Dalam operasi ini 8 buah motosikal telah diperiksa. Daripada pemeriksaan tersebut 7 kompaun & 8 Notis Arahan telah dikeluarkan. Operasi ini melibatkan seramai enam pegawai dari JAS WPKL dan anggota JSPT.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal dengan mengeluarkan bunyi bising melebihi 95 dBA mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.