Penerangan
08 Julai 2023, Kuala Lumpur – JAS WPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu (Ops Bersepadu) bersama JSPT, WPKL di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Operasi ini melibatkan seramai tujuh (7) pegawai dari JAS WPKL dan anggota JSPT . Penguatkuasaan oleh JAS WPKL dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974.
Dalam operasi ini, JAS WPKL telah menjalankan 320 ujian visual dan mengeluarkan sebanyak 5 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974. Jika disabitkan kesalahan maka boleh dikompaun dibawah Peraturan 4 (2), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, AKAS 1974, iaitu sebanyak RM300.00.